M  E  D  I  U  M

          PUBLICATIONS

           Publisher & Online Bookseller

4A, Jalan 7/1C
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Malaysia

ph: 60-03-8925 9085
fax: 60-03-8920 2351
alt: 60-013-362 2010

mediumpub@yahoo.com

  • LAMAN
  • KHIDMAT
  • HUBUNGI
  • MAKLUMAN PENULISClick to open the MAKLUMAN PENULIS menu
    • dalam proses penerbitan
    • biografi/autobiografi anda
    • tesis ke buku
  • SENARAI TERBITANClick to open the SENARAI TERBITAN menu
    • siri tokoh malaysia
    • siri tokoh dunia
    • siri memahami media
    • siri 100
    • siri biografi/autobiografi
  • BIOGRAFIClick to open the BIOGRAFI menu
    • Tokoh Malaysia
    • 50-100 Tokoh
    • Tokoh Nusantara
    • Tokoh Islam
    • Tokoh Dunia
  • PENULISANClick to open the PENULISAN menu
    • Biografi & Autobiografi/Biography & Autobiography
    • Buku/Book
    • Panduan Menulis/Writing
    • Artikel
    • Kreatif/Creative
  • PENYUNTINGANClick to open the PENYUNTINGAN menu
    • Penyuntingan/Editing
    • Baca Buku/Book Reading
  • PENERBITANClick to open the PENERBITAN menu
    • Penerbitan Buku/Book Publishing
    • Penerbitan Majalah/Magazine Publishing
    • Pengeluaran & Percetakan/Productions & Printing
    • Pemasaran Buku/Book Marketing
  • ILMIAHClick to open the ILMIAH menu
    • Penyelidikan/Research
    • Menulis & Menyediakan Tesis/Preparation of Theses
    • Penulisan & Penerbitan Ilmiah/Scholarly Publishing




Marilah terbitkan tesis anda bersama kami...

Penerbitan buku ilmiah dengan kualiti editorial dan pengeluaran yang baik akan dapat meningkatkan reputasi anda dalam bidang akademik. Untuk mencapai KPI sebagai ahli akademik, ramai pensyarah diperlukan untuk menerbitkan buku. Namun tidak banyak penerbit yang bersedia menerbitkan tesis, dan kalau adapun tempoh masa penerbitan agak panjang. Kami menyediakan penyelesaian kepada masalah Anda itu.

Kami bersedia menerbitkan tesis Anda setelah diubah suai untuk menjadi sebuah buku ilmiah yang sesuai dipasarkan. Lazimnya penerbitan tesis sukar dilakukan kerana nilai pasarannya yang terbatas, sedangkan kos untuk menerbitkannya tinggi. Justeru tidak banyak penerbit mahu menerbitkan tesis dan kalau adapun, mereka terlalu memilih dan proses penerbitannya AMAT perlahan.

Kami komited untuk membantu Anda untuk menerbitkan tesis yang sesuai, TETAPI Anda perlulah berusaha mengubah suainya dengan nasihat kami. Kami  menjalankan projek ini dengan TIGA cara, bergantung pada tesis Anda:

1. Kami menanggung kos penerbitan dan percetakan sepenuhnya dan akan membayar anda royalti mengikut kadar yang lazim. Option ini adalah bagi judul atau bidang tesis yang kami rasakan memiliki potensi pasaran. Imprin buku ini ialah pada Medium Publications.

2. Kami menanggung segala kos editorial (penyuntingan, perekaan teks dan kulit, indeks dan segala kos sehingga bahan siap kamera) dan Anda menanggung kos percetakan buku itu. Apabila siap, buku itu akan dibahagi dua, separuh untuk kami pasarkan dan separuh lagi untuk Anda sendiri pasarkan. Untuk ini kami tidak membayar royalti. Imprint buku ini ialah pada Medium Publications.

3. Anda menanggung semua perbelanjaan penerbitan buku ini, sama ada editorial, pengeluaran, dan percetakan. Apabila siap semua naskhah buku akan diserahkan kepada Anda untuk dipasarkan. Imprin buku ini adalah pilihan, sama ada Medium Publications atau apa-apa sahaja yang Anda mahukan.

Matlamat projek ini adalah untuk membantu Anda memiliki sebuah penerbitan yang berkualiti dari segi editorial dan perekaan, serta percetakan.

Senarai judul tesis yang sedang dalam proses penerbitan kami (Judul-judul tesis yang belum diubah kepada buku):

1. Pengekalan Warisan Budaya Mahua di Malaysia

2.
Pemasaran, Penjualan dan Pengedaran Buku Dalam Talian di Malaysia

3. Peranan dan Sumbangan Syed Sheikh Al-Hadi Dalam Bidang Penerbitan dan Kewartawanan Melayu

4. Kajian Terhadap Kemunculan dan Amalan Ajaran Sesat di Malaysia di antara tahun 1957 hingga 1990

5. Muslim Towards Islamic Banking in Selected Southeast Asian Countries

6. Sejarah Penerbitan Akhbar Melayu di Sabah: Tumpuan kepada Harian Mercu

7. Dr Burhanuddin al-Helmi: Tokoh dan Pemikiran

8. Penerbitan Buku Ilmiah di Malaysia.

9. Kebebasan Akhbar Malaysia dan Indonesia: Suatu Perbandingan

Kami bersedia menerima dan menilai apa-apa sahaja tajuk tesis anda. Silalah berhubung dengan kami di talian 013-362 2010/03-8920 2351

 

BUKU DARIPADA TESIS

Copyright reserved and hold by Medium Publications.

Umum: 03-8925 9085Editorial: 013-362 2010Pemasaran: 345 1700

4A, Jalan 7/1C
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Malaysia

ph: 60-03-8925 9085
fax: 60-03-8920 2351
alt: 60-013-362 2010

mediumpub@yahoo.com