M E D I U MPublisher & Online Bookseller
4A, Jalan 7/1C
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Malaysia
ph: 60-03-8925 9085
fax: 60-03-8920 2351
alt: 60-013-362 2010
mediumpu
Bapanya seorang pemain gasing yang popular di Kelantan. Sejak kecil lagi bapanya bermain gasing, kemudian menjadi pembuat gasing yang dikenali ramai. Bapanya juga mengetahui selok-belok permainan dan pembuatan gasing. Malangnya seni permainan dan pembuatan gasing yang dikuasai oleh bapanya itu kini terancam pupus.
Inilah dilema yang dihadapi seorang penulis yang kini sedang menulis sebuah biografi tentang bapanya--seorang pemain dan pembuat gasing yang terkenal. Dia tahu bahawa kalau dia sendiri tidak mendokumentasikan kehebatan bapanya itu, warisan yang bernilai ini akan pupus.
Anda sendiri bagaimana? Bapa anda seorang ahli politik yang hebat dan telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam parti atau kerajaan. Atau bapa anda mungkin seorang usahawan yang berjaya, yang telah mengharungi liku-liku dalam perniagaan sehingga berjaya sekarang. Ibu yang anda cintai merupakan seorang ketua wanita bahagian sebuah parti politik yang sejak sekian lama berjuang untuk kesejahteraan bangsanya.
Alangkah baiknya kalau anda sendiri merakamkan kisah hidup orang yang anda sayangi dalam bentuk sebuah buku yang akan kekal dalam peradaban bangsa. Mereka akan pergi meninggalkan kita, tetapi alangkah baiknya jika pemergian mereka meninggalkan khazanah sebagai kenangan kepada generasi baharu bangsa kita.
Kalau anda sendiri tidak berkesempatan menulis, kami memberikan jalan penyelesaiannya. Sertailah BENGKEL MENULIS BIOGRAFI yang kami anjurkan pada 20-21 Jun 2012 di Putrajaya.
Kami menawarkan khidmat untuk menulis dan menerbitkan buku biografi atau biografi anda sendiri atau ibu bapa anda. Dalam projek ini kami akan menyediakan penulis untuk menemu bual dan membuat penyelidikan bagi menulis sama ada biografi atau autobiografi anda atau keluarga anda. Kami juga akan menyediakan khidmat penerbitan dan percetakan buku tersebut mengikut pilihan anda.
Biografi ialah penulisan yang dibuat terhadap riwayat hidup seseorang berdasarkan kaca mata penulis, sementara autobiografi juga memuatkan riwayat hidup seseorang tetapi dari perspektif orang itu sendiri.
Hubungilah kami untuk memperoleh maklumat lanjut.
Tel: 03-8925 9085 Faks: 03-8920 2351
Editorial: 013-362 2010
Pemasaran: 013-345 1700
Buat masa ini kami sedang mengusahakan penerbitan biografi dan autobiografi tokoh-tokoh yang berikut:
Copyright reserved and hold by Medium Publications.
Umum: 03-8925 9085Editorial: 013-362 2010Pemasaran: 345 1700
4A, Jalan 7/1C
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Malaysia
ph: 60-03-8925 9085
fax: 60-03-8920 2351
alt: 60-013-362 2010
mediumpu