Rumah Penerbitan Biografi
4A, Jalan 7/1C
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Malaysia
ph: 60-03-8925 9085
fax: 60-03-8920 2351
alt: 60-013-345 1700
mediumpu
KHIDMAT KAMI
Sebagai penerbit dan penyedia khidmat editorial, kami menawarkan perkhidmatan yang berikut kepada anda:
As a publisher and editorial service provider, we offer you with these services:
Kami menerbitkan manuskrip yang sesuai dengan pengkhususan kami, iaitu buku biografi tentang tokoh tempatan dan tokoh dunia, serta buku yang berkait dengan media massa.
We published biography of local and international figures, and books related to mass media.
Kami juga bersedia untuk mengurusterbitkan tesis atau disertasi yang sesuai dijadikan buku umum. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana memindahkan tesis anda ke dalam bentuk manuskrip yang boleh diterbitkan.
We also provide you with publishing services of books from thesis and dissertation. Please contact us to get our advice on how to revise your thesis or dissertations to be published.
Kami menawarkan khidmat suntingan naskhah buku, majalah, laporan tahunan, tesis, disertasi dan sebarang bahan terbitan, sama ada bahan berbentuk ilmiah, umum atau kanak-kanak.
We provide copyediting services for books, magazines, annual reports, thesis, dissertations, and any material forms of scholarly, general, and even for children.
Kami memiliki barisan editor naskhah yang berpengalaman menyunting karya anda, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kami juga menawarkan khidmat suntingan bahasa dan persembahan untuk tesis dan disertasi, khususnya untuk peringkat Sarjana atau PhD.
Together with us are experienced copyeditors in Malay language and English. We also provide services for language and presentation editing for thesis and dissertation, especially for Masters and PhD levels.
Kami menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa Inggeris dan Arab ke bahasa Melayu atau sebaliknya. Para penterjemah kami umumnya terdiri daripada ahli akademik universiti tempatan yang pakar dalam bidang masing-masing.
We also provide translation services from English and Arabic to Malay language, and from Malay Language to English and Arabic. Our translators mainly consist of academicians from local universities.
PEREKAAN / LAYOUT & DESIGNKami menawarkan khidmat reka letak untuk buku, majalah, buletin, laporan tahunan, dan sebagainya dengan kadar yang kompetitif. Kami juga menwarkan khidmat perekaan kulit buku, brosur, atau terbitan lain mengikut keperluan anda.
We provide services for page layout for books, magazines, bulletin, annual reports, etc. We also provide you with cover designs, brochures, and other materials according with your needs.
Kami menawarkan khidmat penulisan kepada anda, khususnya menulis biografi atau autobiografi seseorang yang anda kehendaki. Ibu bapa atau saudara-mara anda mungkin seorang tokoh yang jalan hidupnya wajar didokumentasikan untuk keluarga atau masyarakat umum. Kami boleh membantu anda. Kami memiliki kepakaran dalam penulisan biografi menerusi penerbitan Siri Tokoh Malaysia dan Siri Tokoh Dunia yang kami terbitkan.
We also provide you with writing services, especially for biography or autobiography. We will act as a ghost writer for you. You may have parents or relatives which deserved to be remembered in a book form. We are here to help you. We have experienced and expertise in publishing our Siri Tokoh Malaysia and Siri Tokoh Dunia.
KHIDMAT URUS TERBIT / PUBLISHING SERVICES Kami menawarkan perkhidmatan urus terbit daripada karya individu atau institusi. Kami akan menyunting, mereka letak, dan seterusnya menguruskan penerbitan karya untuk anda.
We provide services to publish your works by yourself or your institutions. We will do the copyediting, layout, and publish it on your behalf.
Ramai pelanggan kami merupakan pensyarah yang mahukan tesis mereka diterbitkan dalam bentuk buku. Kami bersedia membantu anda menyelesaikan segala masalah penerbitan yang anda hadapi.
Most of our clients are lecturers who want to publish their thesis or dissertations in a book form. We are here to help you overcome your problems in book publishing.

Kami menyediakan khidmat menyunting dan mempersembahkan tesis atau disertasi anda mengikut keperluan institusi anda, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
We provide editing and preparation of your thesis and dissertation according with your institutional needs, whether in Malay language or in English.
Perunding kami merupakan para pensyarah daripada IPT tempatan yang bukan sahaja memiliki ijazah Sarjana dan PhD, malahan berpengalaman menyelia pelajar ijazah tinggi.
Our consultants are mainly lecturers from local universities with vast experienced and knowledge in supervising post-graduate students.

Kami turut menawarkan pelbagai kursus penulisan, penyuntingan, bahasa, penerbitan, dan pengurusan media sama ada secara in-house atau umum. Program latihan yang dikendalikan oleh Medium Books & Consultancy telah diikuti oleh lebih 1,000 orang dari seluruh negara, termasuk dari Indonesia dan Brunei Darussalam. Lawatan laman web latihan kami di www.mediumbooks.net
We also provide in-house and open-for-public courses in writing, copyediting, mastering the languages, publishing, and media management. The course is conducted by our sister company, Medium Books & Consultancy.
Since 2007, more than 1,000 participants from all over Malaysia, Brunei and Indonesia have attended our courses. Please visit our training website at www.mediumbooks.net.
PELANGGAN KAMI
Para perunding kami, editor, penterjemah, penulis, pereka letak, dan pengurus penerbitan kami telah memberikan khidmat kepada pelanggan yang berikut:

ANDA PENULIS?
Kami mengharapkan sokongan anda untuk memperbanyak judul yang sesuai kami terbitkan. Anda memiliki ilmu dan kami dapat membantu anda menyebarkan ilmu anda itu kepada pembaca. Hubungilah kami di mediumpub@yahoo.com atau di talian 013-362 21010/03-8925 9085
4A, Jalan 7/1C
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Malaysia
ph: 60-03-8925 9085
fax: 60-03-8920 2351
alt: 60-013-345 1700
mediumpu